Pemain tengah Itali, Marco Verratti, menjangkakan final Euro 2020 bertemu England di Wembley bakal menjadi epik.

"Saya berasakan England telah melakukan tugas yang cemerlang, mereka mara ke final buat pertama kali. Mereka bolos sekali, jadi mereka adalah pasukan yang mantap, dibarisi pemain-pemain berkualiti, seimbang dan saya berhasakan mereka berhak ke final.

"Kini sekarang terletak dalam aksi final itu nanti. Di mana saya berasakan akan menjadi satu perlawanan yang epik. Bakal menghasil satu sejarah baru," kata Verratti kepada Sky Sports.

Ditanya mengenai penalti diraih England sewaktu bertemu Denmark, Verratti berkata, "Saya berasakan kesalahan terlalu ringan untuk diberikan penalti tetapi ia adalah sebahagian daripada bolasepak."

Harry Kane menjadi wira England untuk mara ke final Euro 2020 selepas menyumbat bola selepas percubaan penaltinya diselamatkan Kasper Schmeichel dalam masa tambahan untuk mengatasi Denmark 2-1.

"England sebuah pasukan yang memiliki kekuatan fizikal, dan mereka memiliki pemain yang sangat berkemahiran. Kami bakal berdepan lawan yang sukar, mereka bermain di laman sendiri, stadium yang amat mereka kenali. Tetapi ia adalah impian kami untuk menjuarai Euro."

Italy dan England telah bertemi 27 kali, Azzurri meraih kemenangan 11 berbanding lapan diperoleh Three Lions, dengan lapan seri.