Legenda Manchester United, Rio Ferdinand, berkata, N’Golo Kante, merupakan Pemain Paling Bernilai Eropah bagi Perancis serta Chelsea.

Pemain tengah itu merupakan asas dalam kejayaan Chelsea bagi saingan Liga Juara-Juara (UCL) memperoleh Pemain Terbaik Perlawanan bagi kedua-dua aksi separuh akhir bertemu Real Madrid dan kemudian dalam aksi final bertemu Manchester City.

Kante merupakan pemain penting dalam jentera tengah Perancis dan skuad kendalian Didier Deschamps dilihat sebagai pilihan untuk menjuarai Euro 2020, walaupun permulaan mereka agak perlahan dalam kejohanan itu.

Dan Ferdinand berkata harapan Perancis mungkin terletak kepada Kante, yang disifatkan sebagai pemain paling penting dalam kejohanan.

"Saya akan mengatakan bahawa dia pemain paling berharga dalam kejohanan ini, jika tidak sekurang-sekurang bagi seluruh Eropah," kata Ferdinand kepada BBC.

"Saya berasakan sebahagian besar permainannya adalah mampu mengejutkan anda.

"Saya mengetahui kami semua mengenalinya, tetapi ada unsur permainannya di mana dia mampu hadir daripada satu sudut yang tidak dapat dijangka kerana dia begitu cepat, dia bijak membaca permainan. Dia adalah MVP."

Seri 2-2 Perancis menentang Portugal awal pagi tadi menyaksikan mereka bertemu Switzerland dalam pusingan 16, dengan kedua-dua pasukan akan bermain di Bucharest.



Kante digandingkan bersama Paul Pogba bagi membentu jentera tengah yang ampuh dan gandingan itu tidak pernah tewas dalam 30 perlawanan apabila turun beraksi dalam kesebelasan utama.

Sumber: BBC, metro.co.uk