Mason Mount dan Ben Chilwell sah tersingkir daripada pertembungan England menentang Republik Czech, awal pagi esok, atas kepatuhan protokol COVID-19.

Duo England itu merupakan kontak rapat kepada rakan sepasukan di Chelsea, Billy Gilmour, yang memperkuatkan Scotland ketika bertemu dalam perlawanan Kumpulan C, Euro 2020, Sabtu lalu.




Walaupun skuad The Three Lions sudah layak ke pusingan 16, Mount dan Chilwell tetap tersisih kerana perlu melengkapkan kuarantin 10 hari.

Ujian calitan ke atas seluruh anggota pasukan England hari ini kemudian negatif.