Robin Gosens membalas perit kepada Cristiano Ronaldo dengan persembahan Pemain Terbaik Perlawanan selepas membantu Jerman menang 4-2 ke atas Portugal dalam aksi Euro 2020, awal pagi tadi.

Portugal mendahului menerusi Cristiano Ronaldo, tetapi Jerman bangkit dengan garang apabila berjaya mendahului 4-1 selepas perlawanan melewati 60 minit hasil dua jaringan sendiri dari Ruben Dias dan Raphael Guerreiro, termasuk gol daripada Kai Havertz dan Gosens.

Gosens, yang beraksi bersama kelab Itali, Atalanta, menerima tepukan gemuruh oleh penyokong Jerman di Allianz Arena di Munich selepas dikeluarkan sejurus menjaringkan gol.


Pertahanan kiri itu dalam radar beberapa kelab ternama Eropah menjelang musim baru jika terus menyerlah dalam Kejuaraan Eropah.

Mempamerkan aksi cemerlang di hadapan Ronaldo sudah pasti menjadi sesuatu yang manis buat Gosens, yang mendedahkan dalam autobiografinya April lalu selepas penyerang itu membuatkan dia bersama malu selepas menolak permintaannya untuk bertukar jersi.

"Selepas perlawanan bertemu Juventus, saya cuba untuk menyempurnakan impian saya untuk mendapatkan jersi Ronaldo," kata Gosens menerusi biografinya yang bertajuk 'Dreams Worthently', di Goal.com.

"Selepas wisel penamat saya pergi ke arah Ronaldo, tetapi dia menolak permintaan saya. Saya bertanya, 'Cristiano, boleh saya dapatkan jersi anda?' Dia langsung tidak memandang saya dan hanya berkata, 'Tidak!'"

"Saya sangat malu dengan apa yang telah berlaku. Saya berlalu pergi dan kecewa. Anda tahu padasaat itu sesuatu yang memalukan berlaku dan anda melihat sekeliling bagi mengetahui adakah orang lain menyaksikan perkara ini? Itulah yang saya rasakan dan cuba menyembunyikannya."

Setelah mengetahui insiden melibatkan Gosens dengan Ronaldo, rakan sepasukannya di Atalanta, Hans Hateboer, memberikan hadiah kepadanya sepasang jersi Juventus berserta nama Ronaldo.


Selepas dikecewakan ketika itu, Gosens mengakui tidak meminta jersi Ronaldo berikutan pertembungan mereka dalam Euro 2020.

"Saya tidak meminta jersinya, kerana saya ingin menikmati kemenangan ini," katanya kepada Sky Sports Italia.

"Ia sudah tentu perlawanan yang tidak dapat saya lupakan," tambahnya. "Kami menewaskan pasukan yang benar-benar kuat dan saya meraih gol pertama dalam kejohanan ini, dan juga bantuan jaringan. Saya gembira dan bangga.

"Kami tahu bahawa kami harus menang hari ini, kerana jika kami kalah di sini maka akan menjadi sangat sukar untuk layak. Kami berusaha memberikan yang terbaik. Saya gembira kami memenangi perlawanan."

Sumber: Goal.com. Sky Sports Italia, B/R Football