Didier Deschamps percaya Karim Benzema dan Antoine Griezmann sedang membentuk persefahaman dalam jentera serangan Perancis bagi saingan Euro 2020.

Juara dunia itu akan memastikan tempat pertama dalam Kumpulan F jika mereka mengatasi Portugal, pasukan yang menewaskan mereka dalam final Euro 2016.

Barisan pemain berbakat dimiliki Deschamps diperkuat dengan kehadiran semula Benzema selepas hampir enam tahun tidak beraksi bersam skuad kebangsaan, yang membolehkan ketua jurulatih itu meletakkan jentera serangan impian yang dibarisi Griezmann dan Kylian Mbappe bersama penyerang Real Madrid itu.

Kehadirannya semula kelihatan mempamerkan sesuatu menakjubkan, namun jaringan sendiri ketika mengatasi Jerman 1-0 sebelum Griezmann menyelamatkan Perancis untuk seri 1-1 dengan Hungary.



"Saya berasakan mereka telah bermain dengan baik bersama," kata Deschamps mengenai gandingan Benzema-Griezmann.

"Sememangnya, kami boleh bermain dengan lebih baik, tetapi bercakap mengenai salah faham antara mereka, itu sesuatu yang mustahil.

"Pasukan terdiri daripada pemain seperti Kylian dan seluruh pasukan, kerana bola datang daripada pemain pertahanan ke tengah dan ia sentiasa mengenai kepantasan pasukan menggerakkan permainan ke arah pintu gol lawan."

Griezmann cenderung untuk beraksi di bahagian sayap kanan dengan Benzema bertindak sebagai penyerang utama dan kepantasan Mbappe meletakkan dirinya di sayap kiri.

Walaupun Deschamps mengakui ini bukan posisi digemari Griezmann, dia yakin fleksibiliti dan kemampuan menyesuaikannya akan membantu menjayakan jentera serangan pasukan.

"Saya tidak mengajarnya apa-apa. Sejak mengenalinya, saya tahu dia boleh bermain di semua posisi serangan.

"Mungkin ia bukanlah posisi terbaiknya, tetapi secara umum ia boleh menghadirkan impak positif serta keseimbangan dalam pasukan dan menjadikan kami lebih bahaya kepada pasukan lawan, ia boleh membuat kami menjadi lebih baik?"