Bintang Belanda, Memphis Depay, memuji impak Donyell Malen dalam penampilan pertama dalam kesebelasan utama dalam saingan Euro 2020 menentang Macedonia Utara ketika penyerang muda itu membuktikan kebolehannya sepanjang perlawanan.

The Oranje menang 3-0 awal pagi tadi sekaligus menamatkan peringkat kumpulan dengan rekod 100 peratus buat kali ketiga dalam sejarah Kejuaraan Eropah.

Depay meletakkan mereka di hadapan pada minit ke-24, memainkan peranan ketika pasukan melancarkan serangan balas yang dimulakan oleh Malen.

Malen melakukan empat hantaran penting sepanjang perlawanan, dua kali lebih berbanding mana-mana pemain dan hanya Steven Zuber dan Domenico Berardi (lima) melakukan lebih dalam satu perlawanan Euro 2020 berbanding dirinya.



Malen menyerlah sepanjang turun sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan bersama Belanda, mendorong penyokong untuk menyaksikan sesi latihan mereka Ahad lalu dengan mendesak Frank de Boer untuk akhirnya menurunkannya dalam kesebelasan utama dan rakan sepasukannya turut mengagumi impaknya.

"Donyell dan saya tidak beraksi bersama, tetapi anda dapat melihat apabila kami mendapat bola kami berjaya melancarkan serangan," katanya.

"Mungkin itu juga disebabkan oleh Macedonia Utara, tetapi kami saling melakukan bertukar hantaran, dia meraih assist, saya juga memperoleh assist. Saya sangat sukakannya."

Frenkie de Jong turut berkata, "Malen seorang pemain berkualiti, memberikan ancaman dan mampu menjaringkan gol. Kami telah meraih tiga gol tetapi boleh menghasilkan lebih lagi."