Kasper Hjulmand berkata Denmark memikirkan tentang Christian Eriksen 'setiap masa' ketika ketua jurulatih itu bergembira di sebalik malam penuh magis mereka dalam Euro 2020.

Denmark mara ke pusingan 16 Euro 2020 dengan kemenangan 4-1 ke atas Russia di Copenhagen semalam, meraih pertembungan bertemu Wales.

Selepas tewas 1-0 kepada Finland -- perlawanan yang dibayangi insiden serangan jantung dialami Eriksen -- dan tewas 2-1 kepada Belgium, harapan Denmark untuk ke peringkat seterusnya kelihatan tipis sebelum bertembungan di Stadium Parken.

Tetapi Denmark mempamerkan aksi cemerlang bagi memastikan mereka menamatkan saingan Kumpulan B di tempat kedua hasil jaringan Mikkel Damsgaard, Yussuf Poulsen, Andreas Christensen dan Joakim Maehle.

Denmark menjadi pasukan pertama dalam sejarah Kejuaraan Eropah mara ke pusingan kalah mati selepas tewas dua perlawanan pertama, manakala Denmark buat pertama kali meledak lebih daripada empat jaringan buat pertama kali dalam kejohanan utama sejak menang 4-1 ke atas Nigeria dalam Piala Dunia 1998.


"Perlawanan yang tidak dapat dilupakan. Kami berharap magis terhasil di Parken," kata Hjulmand.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kami.

"Saya rasa itu tidak mungkin berlaku tanpa semua sokongan. Saya dapat berasakan bahawa ia benar-benar mempengaruhi para pemain, jadi terima kasih banyak atas semua sokongan. Ini sungguh bermakna buat kami.

"Motivasi, semangat berpasukan dan persahabatan antara pemain sangat mengagumkan. Kami bermain tiga perlawanan pada tahap yang sangat tinggi, dan jika ada yang berhak mendapat ini, ini adalah untuk pemain-pemain kami. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana mereka berjaya kembali daripada apa yang telah ditempuhi, jadi penghargaan yang besar kepada mereka. Terima kasih banyak atas sokongan yang kami dapat dari seluruh Denmark."


"Sukar untuk menjelaskan tetapi apa yang telah pasukan ini telah harungi sejak beberapa minggu yang lalu. Kami sentiasa memikirkan tentang Christian [Eriksen] dan Wales adalah pasukan yang sukar. Mereka mara jauh dalam edisi terdahulu. Mereka dibarisi pemain berkualiti dan saya berasakan ia adalah perlawanan yang seimbang."