Euro 2020: De Bruyne pacu kebangkitan Belgium ke pusingan kedua

Muzaffar Musa
Jun 17, 2021 23:21 MYT
DENMARK 1 BELGIUM 2
Kevin De Bruyne menginspirasikan kemenangan 2-1 Belgium ke atas Denmark untuk membawa pasukannya ke pusingan kalah mati Euro 2020 awal pagi tadi.
Skuad kendalian Roberto Martinez itu ketinggalan gara-gara jaringan Yussuf Poulsen pada awal permainan sebelum Kevin De Bruyne dimasukkan sebagai pemain gantian dalam babak kedua -- penampilan pertamanya selepas mengalami retak tulang hidung dan soket mata ketika Manchester City tewas kepada Chelsea dalam final Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Dan pemain tengah City berusia 29 tahun itu tidak menunggu lama untuk memberikan impak segera buat pasukannya apabila membantu jaringan Thorgan Hazard pada minit ke-54.
De Bruyne kemudian mengubah nasib Belgium menerusi gol kemenangannya apabila menamatkan gerakan sepasukan cantik dengan penyudah kaki kiri kencang dari luar kawasan penalti yang menuju ke dalam gawang lawan pada minit ke-70.
Seterusnya, Belgium akan melengkapkan saingan peringkat kumpulan dengan bertandang ke St Petersburg bagi menentang Finland awal pagi Selasa ini manakala Denmark pula akan kekal di Copenhagen untuk melayani Russia.

10 - Ten of Kevin De Bruyne's last 14 international goals for Belgium were from outside the box. Cheatcode. pic.twitter.com/ajFWqKoPEi

— OptaJohan (@OptaJohan) June 17, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Kevin De Bruyne #Denmark #Belgium #EURO 2020