Daniel James mengakui 'kecewa' Wales tidak beraksi di hadapan penyokong mereka ketika aksi pusingan 16 Euro 2020 bertemu Denmark.

Skuad kendalian Robert Page layak sebagai naib juara Kumpulan A, melayakkan mereka bagi kunjungan ke Amsterdam bagi aksi pusingan kalah mati, tetapi tanpa kehadiran pemain ke-12 untuk memberikan sokongan sepanjang permainan.

Dan pemain sayap, James, yang turun beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan Wales setakat ini, mengakui situasi dianggap sebagai tamparan buat pasukan, tetapi yakin rakan sepasukannya tidak akan terganggu.

"Jelas sekali kecewa penyokong tidak dapat turun ke stadium bagi perlawanan ini," katanya kepada Sky Sports.

"Ini adalah sesuatu yang saya tidak pernah terlibat sebelum ini dan mendengar kisah Euro 2016 dan menonton perlawanan, sungguh luar biasa untuk melihat peminat yang hadir ke stadium.

"Kami tidak boleh membuat alasan untuk mereka tidak dapat berada di sini. Ini adalah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan, jadi ini adalah sesuatu perkara biasa dilalui oleh semua pemain.

"Ini sesuatu yang tidak dapat kami fikirkan dalam perlawanan. Kami tahu mereka menyokong di rumah, seperti perlawanan-perlawanan lain.

"Mungkin ada lebih banyak penyokong Denmark di sana daripada peminat Welsh, tetapi sama seperti perlawanan bertemu Turki dan kami tidak akan membiarkannya mengganggu kami."

Rakyat Wales dilarang ke Belanda Sabtu ini kerana peraturan koronavirus yang ketat di negara itu.

UK tidak termasuk dalam senarai negara-negara selamat kerajaan Belanda.

Denmark juga tidak tersenarai, tetapi ada pengecualian terhadap bagi penduduk di sempadan Kesatuan Eropah dan kawasan Schengen.