Cristiano Ronaldo merupakan sumber inspirasi buat semua orang, kata penyerang Perancis, Antoine Griezmann.

Penggempur Perancis itu akan berdepan Portugal yang diketuai Ronaldo dalam perlawanan terakhir Kumpulan F, Euro 2020, sekali gus menjadi ulangan pertemuan final Euro 2016.

Walaupun Ronaldo mengalami kecederaan di Paris pada malam itu, mereka merangkul kejuaraan hasil kemenangan 1-0 dalam tambahan masa.

Kedua-dua pasukan akan bertemu pada awal pagi Selasa depan selepas masing-masing gagal mencapai keputusan yang dihajati apabila Les Blues sekadar seri 1-1 dengan Hungary di Budapest sementara Portugal dikalahkan 2-4 oleh Jerman.

Ronaldo meletakkan pasukan bimbingan Fernando Santos itu di depan dalam aksi di Munich awal pagi tadi untuk gol ketiga dalam kejohanan temasya kali ini.

Dia kini telah mengumpul 107 gol antarabangsa, lagi dua untuk menyamai rekod jaringan terbanyak yang dicetak oleh legenda Iran, Ali Daei.

Ronaldo juga memiliki koleksi 19 gol sepanjang saingan Piala Dunia dan Euro -- belum ada pemain Eropah lain yang lebih banyak daripada itu selain belum gagal mencetak jaringan dalam 14 gol kejohanan utama.

Walaupun tidak pernah menjaringkan gol sepanjang menentang Perancis dalam 439 minit aksi -- enam permainan.

Keputusan awal pagi tadi menyaksikan persaingan sengit dalam Kumpulan F kembali seimbang tetapi juara dunia itu perlu menewaskan Portugal untuk menjamin kedudukan teratas, sementara kekalahan mungkin menyaksikan mereka terperosok ke tangga ketiga.

Tanpa mengira apa jua keputusan pertembungan mereka kelak, Griezmann memuji Ronaldo dan rakan sepasukannya di Barcelona, ​​Lionel Messi yang disifatkannya sebagai inspirasi.

"Dia adalah sumber inspirasi bagi semua orang," kata Griezmann dalam sidang akhbar.

"Sangat luar biasa atas apa yang dilakukannya pada usia 36 tahun. Dia dan Messi -- tidak akan ada pemain lain seperti mereka lagi -- kami bertuah dapat bertemu mereka di atas padang.

"Dia adalah pemain serba lengkap, contoh untuk semua pemain muda dan tua, dia mampu menunjukkan jalan (menuju kejayaan) buat ramai pemain muda."




Griezmann meledak gol penyamaan Perancis ke atas Hungary dari jarak dekat untuk gol ke-11 peribadi dalam kejohanan utama.

Hanya Michel Platini (14), Just Fontaine (13) dan Thierry Henry (10) telah menyumbang sebegitu banyak gol buat juara tiga kali itu sambil hanya Henry dan Platini memiliki rekod lebih cemerlang daripadanya dalam Piala Dunia atau Euro, jadi dia berpeluang mengulangi catatan duo itu sekiranya dia menyumbat satu lagi jaringan dalam edisi kali ini.

Ketika ditanya catatan Platini itu dalam fikirannya, Griezmann menjawab: "Kita bercakap tentang pemain legenda. Itu bukan objektif utama saya.

"Saya lebih suka menang tanpa menjaringkan gol berbanding seri tetapi mencetak nama sebagai penjaring. Saya lebih suka membantu pasukan. Sekiranya kami menjaringkan gol, ia jauh lebih baik buat semua orang."