Marco van Basten melancarkan kritikan pedas terhadap gaya pertahanan Matthijs de Ligt sambil menuntutnya agar menjadi pemimpin sesudah Belanda melayakkan diri ke peringkat 16 Euro 2020.

De Ligt kembali daripada kecederaan untuk membuat penampilan pertama kejohanan itu dalam kemenangan 2-0 ke atas Austria di Johan Cruijff ArenA, awal pagi tadi, untuk membantu Oranje mendominasi Kumpulan C.

Pertahanan tengah Juventus itu mengharungi malam yang selesa ketika menjadi antara tunjang tiga benteng Belanda, -- memenangi 80 peratus perebutan bola selain tidak melakukan sebarang kesilapan dalam 40 hantarannya.

De Ligt paling banyak memenangi pertarungan satu lawan satu (124) daripada pertahanan tengah Juve yang lain sepanjang kempen Serie A musim lalu, namun pasukan gergasi Turin itu hanya mampu tiga mencetak tiga rekod bersih dalam 27 perlawanan yang disertainya.

Pemain legenda Belanda, Van Basten, berkata masih banyak yang perlu dipelajari pemain berusia 21 tahun itu termasuk berhasrat melihatnya memikul tanggungjawab yang lebih besar.

Dia berkata kepada NOS: "Dia merupakan pemain pertahanan pusat dan harus menonjolkan ciri kepimpinan yang lebih tinggi.

"Dia perlu membuat dirinya didengari, menjadi tegas kerana dia harus memimpin pertahanan. Sebaliknya, dia hanya menghambat pemain lain dan ia boleh meninggalkan ruang besar.

"De Ligt telah berhijrah ke Itali. Untuk belajar cara bertahan tapi saya rasa tidak banyak yang dipelajarinya di sana."





The Oranje menjamin tempat mereka di peringkat kalah mati dengan satu permainan tersisi di peringkat kumpulan, tetapi Van Basten berpendapat mereka harus mengubah taktik.

"Jika kita lihat berapa kali (Maarten) Stekelenburg terpaksa menendang bola, ini bukan satu perkara yang baik. Ia seakan satu corak permainan yang keras," tambah bekas penyerang Milan itu.

"Dari belakang, anda perlu mempunyai lebih banyak visi dan kawalan untuk mara ke depan bagi menguasai permainan. Tetapi setakat ini saya belum melihatnya."