Euro 2020: Bermain dengan Donnarumma sama seperti bermain dengan Buffon -- Bonucci

Muzaffar Musa
Julai 12, 2021 02:06 MYT
Bermain dengan Gianluigi Donnarumma sama seperti bermain dengan Gianluigi Buffon, kata salah seorang wira kemenangan Itali dalam Euro 2020, Leonardo Bonucci.
Donnarumma menyelamatkan dua sepakan ketika Azurri menewaskan England 3-2 dalam penentuan penalti di Stadium Wembley awal pagi tadi untuk bergelar juara Eropah buat kali kedua -- perlawanan akhir itu terikat 1-1 selepas masa tembahan.
Pemain berusia 22 tahun itu, yang akan menyertai Paris Saint-Germain (PSG) daripada AC Milan, menafikan sepakan penalti Jadon Sancho dan Bukayo Saka dalam penentuan kejuaraan berkenaan.
Itali kini sudah mengumpulkan enam kejuaraan dalam kejohanan utama, di mana mereka juga menjadi pasukan pertama memenangi dua perlawanan berturut-turut dengan penentuan sepakan penalti dalam Kejohanan Eropah.
Donnarumma, dalam pada itu, telah memenangi kesemua lima penentuan penalti melibatkan negara dan kelabnya setakat ini dan Bonucci, yang menjaringkan gol penyamaan Itali bagi memadamkan jaringan awal Luka Shaw, menyamakan penjaga gol muda itu dengan seorang legenda Azzurri.
"Saya amat bertuah kerana saya pernah bermain dengan Gianluigi Buffon dan kini, saya bermain dengan Gigi Donnarumma -- mereka sama sahaja," kata Bonucci kepada ITV Sport.

??? https://t.co/D9xj6V3NOk pic.twitter.com/sr8NE0Cx2E

— Italy ⭐️⭐️⭐️⭐️ (@azzurri) July 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #England #Leonardo Bonucci #Gianluigi Donnarumma #Itali #EURO 2020