Karim Benzema telah dipanggil semula untuk menyertai skuad Perancis bagi saingan Euro 2020, lebih dari lima tahun sejak dia kali terakhir mewakili negaranya.

Penyerang Real Madrid itu meledak dua gol ketika menang 4-0 ke atas Armenia pada Oktober 2015, menjadikan 27 gol keseluruhan dicetak di pentas antarabangsa.

Benzema kemudian terlibat dalam ugut skandal yang melibatkan rakan sepasukan Les Bleus, Mathieu Valbuena beberapa minggu selepas perlawanan tersebut dan kerap kali tidak dipandang ketua jurulatih skuad kebangsaan, Didier Deschamps, di sebalik penampilan cemerlangnya di peringkat kelab.

Bagaimanapun, pemain berusia 33 tahun itu -- yang telah meledak 29 gol dalam semua pertandingan bersama Real musim ini -- tidak diragui lagi merupakan nama yang menarik dalam skuad 26 Perancis untuk kejohanan yang akan datang, menambah kedalaman jauh lebih baik bagai juara dunia itu di bahagian serangan .

"Kami bertemu, kami bercakap panjang lebar, saya kemudian berfikir sebelum membuat keputusan ini," kata Deschamps.

"Saya dan Benzema memerlukan perbualan ini. Saya tidak mahu menjadikan ia sebagai satu kes khusus. Sebagai ketua jurualtih skuad kebangsaan, saya selalu melihat perkara yang saya perhatikan. Tanggungjawab saya penting, tetapi perkara ini lebih besar daripada saya."

Terdapat juga tempat untuk penyerang Borussia Monchengladbach, Marcus Thuram, serta pemain pertahanan Sevilla, Jules Kounde.


Anthony Martial, bagaimanapun, ketinggalan kerana masalah kecergasan. Penyerang itu mengalami kecederaan lutut ketika bermain untuk Perancis Mac lalu, walaupun dapat kembali beraksi untuk Manchester United sebelum akhir musim.

"Anthony Martial ada di sini tetapi dia tidak ada. Keadaannya tidak mengizinkannya," kata Deschamps semasa sidang media.