Euro 2020: Belanda perlu terus berkembang -- De Boer

Ammar Hakim
Jun 18, 2021 07:59 MYT
Frank de Boer berkata penting buat Belanda 'berkembang' dalam saingan Euro 2020 selepas mereka mengatasi Austria 2-0 untuk mara ke pusingan 16 selaku juara Kumpulan C.
Sepakan penalti Memphis Depay dan jaringan kedua Denzel Dumfries untuk kejohanan cukup untuk membantu Belanda layak dengan berbaki satu perlawanan di Johan Cruijff ArenA awal pagi tadi.
Belanda seharusnya menang dengan jurang yang lebih besar, dengan Depay membazirkan peluang untuk menggandakan jaringan dalam separuh masa pertama.
Skuad kendalian De Boer berdepan salah satu daripada pasukan yang menamatkan saingan di tempat ketiga di Puskas Arena di Budapest Ahad depan bagi merebut tempat ke suku akhir selepas bertemu Macedonia Utara di Amsterdam Isnin.
Ketua jurulatih Belanda, De Boer, mahu menyaksikan pasukannya terus meningkatkan naik selepas menjadi pasukan Oranje menjaringkan sekurang-kurangnya dua gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut sejak 1935.
"Anda perlu berkembang dalam kejohanan dan terutama ketika bermain sebagai pasukan, kesatuan perlu dipamerkan dengan sistem yang digunakan," kata De Boer.
"Kami akan berbincang untuk memperbaiki lagi mutu permainan, untuk terus berkembang dalam kejohanan."

From non-league to Netherlands hero in 8 years... Denzel Dumfries ???#EURO2020 pic.twitter.com/mJTtXCsqxl

— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) June 17, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Frank de Boer #Memphis Depay #Austria #Belanda #EURO 2020 #Denzel Dumfries