Akhirnya! Itulah ungkapan yang keluar daripada mulut sebahagian besar WWE Universe apabila menyaksikan Bray Wyatt diangkat sebagai Juara WWE setelah bertahun-tahun mendomasi pentas WWE.

Aksi cemerlang Wyatt, 29, amat dikagumi apabila beliau berjaya mengenepikan bukan satu, malah lima pencabar lain iaitu Dean Ambrose, Baron Corbin, The Miz, AJ Styles dan bekas juara, John Cena di acara WWE Elimination Chamber yang bersiaran secara langsung di WWE Network semalam.

Beraksi dalam sangkar besi Kamar Penyingkiran bukanlah sesuatu yang mudah. Dikelilingi dengan rantai besi dan lantai keras, pertembungan 6 penjuru di antara semua perserta amat menguji kemampuan fizikal masing-masing.

AJ Styles dan John Cena memulakan perlawanan dan keempat-empat peserta lain dikurung di ruang kamar masing-masing. Seperti pertemuan mereka sebelum ini, pertembungan AJ dan Cena tidak pernah mengecewakan dengan masing-masing melancarkan pelbagai serangan.

aj and cena climb

Selang lima minit, salah satu kamar dibuka dan giliran Juara Antara Benua, Dean Ambrose masuk memeriahkan lagi persaingan. Sifat gila-gila Ambrose yang tidak pernah gentar dengan sesiapa membuatkan perlawanan semakin sengit hingga melarat ke bahagian atas kamar kurungan.

wyatt enters

Kemasukan Bray Wyatt di lima minit seterusnya membuatkan aksi semakin hangat dan tegang. Semua peserta lain diserang dengan rakus. Gerakan papan anjal daripada AJ juga berjaya ditangkis dan disambut dengan membaling tubuh AJ ke dinding berantai. Paling menarik ketika aksi di penjuru gelanggang apabila Wyatt berjaya melancarkan gerakan Menara Kemusnahan (tower of doom) ke atas AJ dan Ambrose yang cuba melakukan gerakan superflex dari tali paling atas gelanggang.

Tower of doom

Kemasukan Baron Corbin tidak lama kemudian menambah derita dan azab kepada yang lain. Sebagai bintang paling junior dan pertama kali terlibat dalam perlawanan bercorak sebegini, Corbin dilihat berjaya menguasai perlawanan dengan serangan bertubi-tubi kepada yang lain. Melihatkan semua peserta lain terbaring tidak bermaya hasil ‘kerja tangan’nya, Corbin mendabik dada dan berlagak di hadapan The Miz yang masih terkunci di ruang kamarnya.

Malang buat Corbin. Kelekaannya membuatkan Ambrose dengan licik membuat tindanan bergulung ke atasnya, lantas menjadi peserta pertama yang tersingkir. Berang dengan kekalahannya, Corbin melampiaskan kemarahannya kepada Ambrose dengan membelasah Juara Antara Benua itu hingga lunyai.

corbin attace ambrose

The Miz yang baru dikeluarkan dari sangkarnya bijak mencuri peluang. Ambrose yang tidak lagi bermaya ditindan dan nama Ambrose diumum sebagai peserta kedua yang tersingkir. Namun semalam bukanlah hari yang bertuah buat The A Lister apabila beliau menerima hempasan Penyelerasan Sikap (Attitude Adjustment) daripada Cena dan tersingkir tidak lama kemudian.

Wyatt dan AJ bekerjasama buat seketika untuk menumbangkan Cena. Namun Wyatt yang tidak mudah berkolaborasi dengan sesiapa dengan segera memukul AJ selepas Cena terdampar di lantai gelanggang. Sesuai dengan mottonya yang tidak pernah menyerah kalah, Cena bangkit semula dan sempat terbang dari atas puncak kamar seterusnya menjatuhkan tubuhnya kepada Wyatt dan AJ.

cena flies

Wyatt kini terperangkap dalam satu lagi gerakan AA. Namun tanpa disangka, The Eater Of World bijak melepaskan diri dan memerangkap Cena dalam posisi Sister Abigail. Boom! Muka Cena terhempas ke lantai dan dengan penuh dramatik, Cena tidak mampu menidakkan tiga kiraan pin oleh pengadil dan tersingkir, membuatkan para Cenation terlopong penuh terkesima kerana juara mereka telah tewas walau hanya memenangi kejuaraan dua minggu yang lalu.

Kini hanya tinggal AJ dan Wyatt. Seperti yang diungkapkan oleh pengulas Mauro Ranallo, akan ada juara baharu bakal dinobat sebentar lagi hasil penyingkiran Cena. Ternyata kelebihan berpihak kepada Wyatt kerana dapat mengatasi serangan daripada AJ yang telah mula lelah.

Satu gerakan Phenomenal Forearm cuba dilancarkan AJ. Malang, tumbukan yang dilayang disambut kemas oleh Wyatt dan sepertimana Cena, AJ kini berada di posisi maut Sister Abigail. Hempasan dilakukan dengan pantas dan pengadil menyudahkan kiraan. Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Bray Wyatt kini adalah Juara WWE.

Walaupun seorang penggusti yang memainkan watak berhaluan kiri, namun kemenangan Wyatt disambut penuh kegembiraan oleh para penonton yang memenuhi arena. Sorakan ‘you deserved it!’ bergema, menambah rasa keharuan kepada semua yang menonton.

Orton stares

Dalam pada sedang meraikan kemenangannya, sekutu Wyatt iaitu Randy Orton muncul dan merenung Wyatt yang sedang menjulang bengkung Kejuaraan WWE dengan penuh misteri. Sebagai pemenang acara Royal Rumble 2 minggu lalu, Orton telah menempah tiket sebagai pencabar utama di Wrestlemania, dan kini telah jelas yang Wyatt dan Orton akan bersemuka sesama sendiri bagi merebut kejuaraan yang paling berprestij untuk jenama Smackdown tersebut.

Mengulas tentang kemenangannya, Wyatt berkata:

"Pada saya, kemenangan ini adalah tamparan kepada pihak atasan di WWE. Semasa saya mula-mula menempatkan diri di industri ini, saya tak fikir sesiapa akan memandang saya dan berkata, ‘Satu hari nanti, kau akan menjadi Juara WWE.

Ramai yang datang dan pergi dan cuba menjadikan diri mereka istimewa. Padahal sebenarnya, tiada apa-apa pada mereka. Saya terpaksa berhempas pulas untuk dikenali. Tiada sesiapa yang melihat arah tuju saya. Saya terpaksa menggunakan cara sendiri dan memaksa mereka melihat saya.

Kemenangan ini adalah pencapaian yang amat besar untuk saya. Kerana tiada siapa pernah menjangkakannya, dan itulah yang saya telah lakukan hari ini," ujar bintang yang menggunakan nama Husky Harris ini.

Kejayaan Wyatt juga turut mendapat ucapan tahniah daripada bintang-bintang terdahulu seperti Triple H dan The Rock. Masing-masing bersetuju yang Wyatt layak mendapat apa yang dikecapinya hari ini dan akan terus menyokong anak kepada lagenda IRS ini.

Pastinya seluruh keluarga Rotunda amat berbangga dengan apa yang telah dicapai oleh Bray Wyatt semalam.

Rotunda family

Dalam pada itu, bekas juara John Cena turut mengulas tentang kekalahan mengejutkannya hari ini:

Naomi won

Pujian juga wajar diberikan kepada Naomi yang turut berkongsi kegembiraan bergelar juara. Walaupun merupakan seorang pencabar ‘underdog’, namun Naomi berjaya menutup mulut para pengkritiknya dengan menewaskan penyandang juara, Alexa Bliss bagi perlawanan bagi merebut Kejuaraan Wanita Smackdown. Penguasaan Bliss selama 70 hari akhirnya lebur dan Naomi dijangka akan melangkah bergaya sebagai juara dalam menuju ke Wrestlemania April ini.

Bliss and Naomi

Keputusan perlawanan lain yang mengambil tempat di Elimination Chamber semalam: Randy Orton menewaskan Luke Harper; Nikki Bella dan Natalya terikat dengan keputusan seri tanpa pemenang setelah keduanya dikira keluar oleh pengadil; American Alpha mempertahankan Kejuaraan Regu Smackdown dengan mengecewakan The Ancensions, Slater & Rhyno, The Vaudevillains dan Breezango dalam perlawanan regu ‘turmoil’; Apollo Crews & Kalisto membenam Dolph Ziggler dalam perlawanan 2 lawan 1; Becky Lynch menumpaskan Mickie James; manakala Mojo Rawley mengalahkan Curt Hawkins di siaran pra acara.

Seperti biasa, kita ikuti beberapa komen menarik dari Facebook Peminat Gusti Malaysia tentang acara Elimination Chamber ini:

FB comment 1

fb comment 2

fb comment 3

fb comment 4

fb comment 5

Perjalanan menuju ke Wrestlemania pastinya akan semakin menarik selepas ini.


Langgani satu-satunya channel gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro & Astro On-the-Go.


Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 18,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.