Pasukan polo negara yang diketuai oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mengekalkan rekod bersih apabila menewaskan Singapura 13-2 dalam aksi di Taman Ekuestrian Putrajaya, sebentar tadi.

Selepas mencatat kemenangan mudah 12-4 ke atas Brunei yang dikepalai oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen kelmarin, ternyata skuad Malaysia berada dalam kelas tersendiri untuk menampilkan satu lagi persembahan cemerlang untuk membenam cabaran Singapura.

Untuk perlawanan ketiga, skuad negara akan turun menentang Thailand pada Sabtu ini.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.