Atlet ekuestrian negara, Quzandria Nur Mahamad Fathil, menghadiahkan pingat emas apabila mengungguli kategori dressage individu selepas mencatatkan kutipan 152.029 mata dalam aksi di Pusat Ekuestrian 3Q Rawang, sebentar tadi.

Dia, yang menunggang kuda yang bernama 'Rosenstolz', tidak berdepan masalah untuk menundukkan cabaran peserta-peserta lain, termasuk abangnya sendiri, Qabil Ambak Mahamad Fathil, yang berada di tempat kedua menggunakan kuda 'Walkuere' dengan 149.547 mata sementara pingat gangsa menjadi milik wakil dari Singapura, Caroline Chew, dengan 145.988 mata.

Kemenangan itu menyaksikan kem ekuestrian Malaysia membolot kedua-dua emas yang dipertandingkan dalam kategori dressage selepas meraih emas menerusi Qabil, Quzandria, Edric Lee dan Quek Sue Yian bagi kategori berpasukan sebelum ini.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.