eGG Network (Astro 808) mengumumkan kerjasama antara mereka dengan PGL eSports selaku penganjur bersama dan menyiarkan acara CS:GO Minor Championship ASIA kelak.

Dengan $50,000 USD sebagai jumlah hadiah yang akan diberikan, acara ini akan diadakan di Pinewood Iskandar Studios, Johor Bahru pada 28hb – 30hb Oktober 2016. Acara yang akan pertandingkan dengan 8 pasukan diperingkat akhir akan berpeluang merebut dua tempat untuk bertanding di CS:GO Major (ELEAGUE Major Atlanta 2017).

Pasukan TyLoo dan Renegades masing-masing mendapat jemputan terus ke bahagian akhir, manakala 6 pasukan lain perlu berlawan diperingkat kelayakan terlebih dahulu. Pendaftaran adalah terbuka kepada semua seperti dibawah:

Selepas berita kekecewaan mengenai Malaysia tidak dapat bertanding pada acara e-Sports World Championship, Jakarta yang lepas, kami mengharap bahawa ini adalah peluang sekali lagi bagi pasukan tempatan untuk bertanding pada acara yang berprestij ini. Untuk pendaftaran bagi rantau Asia Tenggara, boleh dilakukan melalui pautan ini.

Perlawanan ini akan diadakan secara langsung melalui eGG (Astro 808), Twitch ataupun Astro on the Go.

[Artikel Asal Penulis di GamerMalaya.my]