"Masa terlalu suntuk. Saya harus bekerja keras sekarang kerana saingan pada Oktober kelak pasti hebat", kata ahli bina badan, Dr Malvern Abdullah, yang dinobatkan sebagai Mr Asia kategori Flyweight di Seoul baru-baru ini.

Beliau yang menewaskan peserta Myanmar, Vietnam, Indonesia dan India dalam aksi akhir Mr Asia yakin akan memperoleh sesuatu di Mongolia kelak, berdasarkan prestasi dan bentuk badannya yang terbaik sekarang.

"Pada 2015 saya menang perak dan tahun lepas gangsa.

"Jadi dengan momentum yang ada kini, saya akan berusaha membawa pulang gelaran Mr World.

"Ia adalah sasaran bonus saya untuk tahun ini," katanya di Miri.

Menurut Dr Malvern yang berkecimpung dalam arena bidang badan sejak 13 tahun lalu, persediaan akan diteruskan sesegera mungkin untuk mengekalkan bentuk badan yang sedia ada, yang diperoleh melalui latihan intensif sebelum in.

"Ini termasuklah memgamalkan diet khas selain latihan tumpuan untuk bahagian badan yang memerlukan tambah baik."

Dua lagi atlet bina badan Sarawak yang akan menyertai Mr World 2017 ialah Buda Anchah (Lightweight) dan Awang Mohd Azizul (Welterweight).