Bekas ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, hampir pasti diumumkan sebagai Pengarah Teknikal Hoki Indonesia.

Beliau yang bertindak sebagai Pengarah Teknikal Hoki Jawa Barat sejak tahun lalu, bertanggungjawab mengendalikan empat pasukan termasuk hoki dalam dewan wilayah terbabit menjelang Pekan Olahraga Nasional, Oktober depan.

Peningkatan prestasi pemain Jawa Barat mencuri tumpuan Federasi Hoki Indonesia yang baru diumumkan sebagai ahli gabungan Persekutuan Hoki Antarabangsa (IHF).

Justeru, Dhaarma ditawarkan sebagai pengarah teknikal skuad kebangsaan republik terbabit dengan pengumuman rasmi dijangka, Isnin ini.

"Satu kebanggaan buat Malaysia kerana Dhaarma bakal dilantik sebagai pengarah teknikal sukan hoki Indonesia," kata bekas pemain negara, Fitri Saari.