Minggu ini arena NBA dikejutkan dengan dakwaan bahawa bintang New Orleans Pelican, Anthony Davis, mahu ditukarkan ke pasukan lain, namun pemain itu menafikan khabar angin tersebut.

Dalam satu temubual bersama Times Picayune, Davis seakan-akan memberi bayangan mahu bertukar pasukan sehinggakan menarik minat Boston Celtics.

Bagaimanapun, pemain berketinggian 6 kaki 11 inci itu menepis laporan tersebut.

"Saya sedar ini perkara biasa, tetapi jika saya tidak mendengar sebarang kata dua daripada Pengurus Besar, Dell Demps, dan ejen saya, saya hanya akan mengendahkan perkara tersebut," kata Davis.

"Pada mulanya saya kerap mendengar khabar angin ini tetapi selepas mengesahkan ia tidak betul, saya tidak lagi memberi perhatian."

Davis akan memulakan sesi latihan bersama rakan sepasukan baru, DeMarcus Cousins, bermula November ini.

Pemain berusia 24 tahun itu turut mendedahkan dia menghabiskan cutinya dengan berlatih bersama-sama Cousins dan seorang lagi rakan sepasukan, Jrue Holiday.