Pelumba kelas CP150, Kasma Daniel Kasmayudin, mengakui menghadapi kesukaran ketika berlumba di atas trek besar seperti di Sepang.

Bagaimanapun, Kasma menyasarkan berada dalam kedudukan 'super pole' dalam saingan pusingan kelima dan keenam di Litar Pemotoran Terengganu.

Juara kelas CP150 pada 2017 lalu itu mahu membuktikan semula kebolehannya untuk menutup mulut pengkritik.

"Saya percaya dengan kemampuan diri sendiri dalam saingan Cub Prix. Setiap kritikan akan digunakan untuk menjadi pemangkin saya berjaya dalam perlumbaan akan datang," kata Kasma.