Kejuaraan Cub Prix musim 2021 yang sepatutnya kembali pada bulan ini terpaksa ditunda ke bulan depan.

Perkara itu disahkan penganjur, Safe Aim Mutual, menerusi Pengarah, Ron Hogg, berikutan penularan tinggi kes COVID-19 di Malaysia ketika ini.

"Kami sudah mendapat kebenaran untuk memulakan perlumbaan daripada pihak (MKN) Majlis Keselamatan Negara.

"Perancangan awalnya ialah mengadakan perlumbaan pada pertengahan bulan ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Muiz Aziz, di Nadi Arena sebentar tadi.





Justeru, tumpuan utama kejohanan itu kini beralih kepada suntikan vaksin bagi semua pihak yang terlibat dalam industri berkenaan.

"Oleh kerana kes penularan masih lagi tinggi, fokus kami kini berubah iaitu semua komuniti Cub Prix sudah mendapatkan vaksin.

"Saya anggarkan 80 peratus daripada mereka sudah mendapatkan vaksin.

"Esok kami akan mengadakan perbincangan dengan pasukan-pasukan dan selepas itu kami mahu menyerahkan kertas cadangan kepada KBS (Kementerian Belia dan Sukan).

"Kami mengharapkan pada bulan depan kami boleh menganjurkan dua perlumbaan pada tahun ini."