Penangguhan saingan permotoran Kejohanan Cub Prix yang sepatutnya berlangsung 22 dan 23 Mei ini di Tangkak memberi tamparan untuk pelumba dan pasukan yang sudah pun melakukan persiapan rapi.

Apatah kerisauan mereka, seandainya episod tahun lalu berulang, yang menyaksikan peningkatan kes Covid sehingga memaksa saingan Cub Prix terpaksa ditangguh untuk tempoh yang lama.

Untuk rekod, ini kali ketiga saingan Cub Prix ditangguh sejak wabak Covid melanda Malaysia tahun lalu.

"Memandang situasi semasa, ia perlu ditunda kerana Covid-19 semakin meningkat. Operasi pasukan jalan seperti biasa dan latihan pelumba dijalankan seperti biasa," kata pengurus pasukan OneXOX TKKR, Alizan Tambi.

"Lama tidak berlumba ia kurang baik buat pelumba. Perasaan gugup tahap keyakinan menurun namun ia memerlukan masa untuk mendapatkannya semula," kata pelumba Yuzy Honda Racing, Azroy Hakeem Annuar.