Pelumba OneXOX TKKR, Akid Aziz, masih optimis untuk memburu kejuaraan keseluruhan biarpun Kejuaraan Cub Prix hanya berbaki dua pusingan sahaja lagi.

Akid yang kini di tangga ketiga keseluruhan kategori perdana, CP 150, dan hanya dibezakan 19 mata dengan pendahulu, Azroy Hakeem Annuar, daripada Yuzy Honda Racing yang mengutip 125 mata selepas lapan perlumbaan.

Juara 2016 itu juga sedia melupakan insiden kekasaran di Tangkak selepas diasak hebat oleh dua pelumba Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayuddin dan Nazirul Izzat Baharuddin, apabila bakal turun di Sepang, 17 Disember depan.

"Bergantung kepada situasi dan kami perlu dapatkan pelarasan terbaik.

"Kami juga perlu lihat sejauh mana situasi Azroy selain beberapa pelumba lagi.

"Tapi kalau ada peluang Insya-Allah saya akan buat yang terbaik," katanya di Nadi Arena.