Waktu rehat mandatory Formula 1dilanjutkan ke empat minggu, demikian disahkan FIA.

Dengan pandemik Covid-19 memaksa beberapa perlumbaan musim ini ditunda, waktu rehat pertengahan musim turut diawalkan ke bulan Mac dan Aprill dan dipanjangkan daripada dua minggu kepada tiga minggu.

Pada waktu itu, setiap pasukan dilarang untuk beroperasi dan ia kemudian dipanjangkan selama 14 hari bermula 7 April lalu.

Dengan wabak berkenaan masih belum reda dan terus meningkat, tempoh larangan itu sekali lagi dilanjutkan dan mungkin berlarutan sehingga 63 hari berturut-turut.

Bagaimanapun, FIA menyatakan bahawa selepas 50 hari, setiap pasukan boleh menggunakan "maksimum 10 orang pekerja untuk bekerja dari jarak jauh dalam projek jangka masa panjang" jika ia diluluskan.

Pilihan itu juga tersedia buat pengeluar unit kuasa selepas mereka melalui 36 daripada 49 hari larangan berkenaan.

Musim 2020 sepatutnya bermula di Australia pada Mac lalu tetapi GP Austria pada Julai depan diharapkan dapat menjadi perlumbaan pembuka musim ini.

Kelmarin, GP Perancis, yang sepatutnya berlangsung pada 28 Jun depan, menjadi perlumbaan ke-10 yang terpaksa ditunda atau dibatalkan.

Sementara itu, GP Britain pada Julai depan juga sah akan dijalankan secara tertutup.