Pelumba McLaren, Carlos Sainz dan Lando Norris, telah menawarkan diri untuk menerima pemotongan gaji selepas pasukan mereka muncul yang pertama dalam Formula Satu (F1) yang mengasingkan staf.

Saingan F1 musim 2020 masih belum dimulakan dan semua grand prix terpaksa dibatal serta ditangguhkan sehingga pertengahan Jun depan susulan wabak coronavirus.

Kesan terhadap kewangan daripada penangguhan itu juga menyaksikan pasukan yang berpangkalan di Britain, McLaren, terpaksa mengasingkan beberapa pekerja selama tiga bulan menerusi skim yang ditawarkan kerajaan.

"McLaren Group kini mengasingkan beberapa staf pasukan dan ia memberi kesan kepada pasukan susulan wabak coronavirus," kata wakil McLaren.

"Ia bertumpu kepada melindungi pekerjaan dalam jangka masa pendek untuk memastikan semua pekerja dapat kembali sepenuh masa apabila ekonomi pulih."

Situasi itu juga menyaksikan Sainz dan Norris menawarkan diri untuk menerima pemotongan gaji.

"Kesan daripada COVID-19, McLaren Group telah melalui tempoh sukar untuk staf dalam usaha melindungi pekerjaan di masa akan datang," kata Sainz dalam Twitter.

"Saya memahami keputusan sukar ini dan bersedia untuk menerima pemotongan gaji. Kami bersatu dalam perkara ini."