Copa America: Chile teruskan kemaraan biarpun diikat Uruguay

Muzaffar Musa
Jun 22, 2021 02:56 MYT
URUGUAY 1 CHILE 1
Chile mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati Copa America walaupun terikat 1-1 dengan Uruguay hari ini.
Eduardo Vargas membuka jaringan buat Chile di Cuicaba tetapi gol sendiri Arturo Vidal memastikan perlawanan itu berkesudahan seri dan bermakna Chile akan meneruskan kemaraan ke pusingan berikutnya memandangkan mereka tidak akan menamatkan saingan Kumpulan A di tangga tercorot.
Keputusan itu juga membantu Uruguay memperoleh mata pertama selepas tewas kepada Argentina dalam perlawanan pembukaan tetapi masih banyak yang perlu dilakukan skuad kendalian Oscar Tabarez itu seandainya mahu melangkah ke suku akhir.
Chile seterusnya akan menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan menghadapi Paraguay di Brasilia, Khamis ini.
Uruguay pula akan turun dalam perlawanan kedua terakhir mereka di peringkat kumpulan dengan menghadapi Bolivia di Cuiaba pada hari yang sama.

14 - Eduardo Vargas has scored his 14th goal in the Copa América: he's the fifth joint-most scorer in the tournament, tied with Paolo Guerrero and with three goals less than Zizinho and Norberto Méndez (17), the top scorers. Turbo. pic.twitter.com/spyaNJPm7W

— OptaJoao (@OptaJoao) June 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Chile #Uruguay #Copa America