Jaguh gusti legenda, Bruno Sammartino, telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas dimasukkan ke hospital sejak dua bulan lalu pada usia 82 tahun.

Bintang kelahiran Abruzzi, Itali itu mencipta era gemilangnya yang tersendiri ketika era 60-an hingga awal 80-an.

Bergelar Juara Dunia WWWF (World Wide Wrestling Federation) dengan menewaskan Buddy Rogers di Madison Square Garden, mendiang mencipta rekod sebagai juara paling lama dalam sejarah gusti profesional, iaitu selama lapan tahun tanpa kalah dan mengumpul 4,040 hari sebagai juara sepanjang kariernya.

Bukan itu sahaja, ketangkasan dan karismanya ketika beraksi dalam gelanggang telah menobatkannya sebagai ahli gusti profesional paling popular pada tahun-tahun tersebut.

Legasi yang ditinggalkannya masih belum dapat digugat hingga hari ini, menjadikan Bruno sebagai 'The Living Legend' dalam industri dan telah mendapat pengiktirafan Dewan Kemasyhuran WWE pada tahun 2013 yang disampaikan oleh bintang selebriti terkemuka, Arnold Schwazenegger.

Sepanjang tiga dekad, Bruno pernah berkonfrontasi dengan bintang legenda hebat seperti Killer Kowalski, Gorilla Monsoon, George “The Animal” Steele, Larry Zbysko dan ramai lagi.

Mendiang meninggalkan seorang balu, tiga anak lelaki dan empat cucu.

(Foto: WWE.com)

Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,WWENetwork. Saksikan acaraWWEGreatest Royal Rumble pada 27 April dan kesemua acaraWWEPay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusifWWENetwork, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.

Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti profesional.