Mika Hakkinen percaya Valtteri Bottas mampu mencabar Lewis Hamilton dalam perebutan kejuaraan dunia Formula 1 sekiranya dia menyertai Mercedes.

Bottas muncul sebagai calon pilihan untuk mengisi slot yang ditinggalkan Nico Rosberg di Silver Arrows selepas pemandu Jerman itu mengumumkan persaraan lima hari selepas dinobat juara dunia.

Bekas juara dunia dua kali, Hakkinen, turut berpendapat rakan senegaranya itu merupakan calon tepat bagi menggantikan Rosberg.

Sekiranya Mercedes memilih untuk membawa masuk Bottas, Hakkinen menjangkakan Bottas mampu meneruskan kejayaan Rosberg.

"Saya boleh membayangkan Bottas muncul juara," Hakkinen memberitau media Finland, MTV.

"Apabila kamu berada di dalam situasi itu dan dalam pasukan yang berada di puncak seperti Mercedes, jadi ia hanyalah tentang memperbaiki teknik pemanduan dan cuba mengejar kejuaraan."

Hakkinen turut menggambarkan khabar angin mengenai Mercedes dan Bottas sebagai satu impian buat mana-mana pemandu yang berminat untuk bertukar pasukan.

"Tiada senario yang lebih baik melainkan kamu menjadi sasaran pasukan lain, terutama pasukan seperti Mercedes yang telah mendominasi Formula 1."