Atlet boling tenpin negara, Syafiq Ridhwan Abdul Malik dan Nevern Netaneel Marcellinus, menrik nafas lega apabila menjamin tempat ke pusingan pertama acara double Kejohanan Dunia di Dubai.

Nevern yang membuat penampilan pertama di pentas itu semakin yakin dengan balingannya biarpun pada awalnya berasa gemuruh.

Selain Syafiq dan Nevern, Tun Hakim Tun Hasnul Azam dan Hafiz Zainuddin turut mara dalam kelompok 32 terbaik.

"Misi kami selepas ini ialah untuk mara ke pusingan 16 jadi kami perlu terus buat yang terbaik.

"Walaupun ini Kejohanan Dunia pertama buat saya, ia bukan penghalang untuk saya (aksi mempamerkan prestasi mengagumkan) dan mencurahkan segalanya," kata Nevern.

Syafiq Ridhwan pula mula dapat menyesuaikan diri dengan suasana pertandingan walaupun berdepan kejanggalan pada awal permainannya.

"Ini kejohanan pertama saya selepas dua tahun apabila kali terakhir beraksi dalam Kejohanan Asia di Kuwait," katanya.