Atlet boling padang negara, Syamil Syazwan Ramli, berkata amanat arwah ibu menjadi pendorongnya sehingga berjaya merangkul pingat emas dalam acara tiga sepasukan lelaki, pagi tadi.

Dalam aksi final itu, trio negara beraksi cemerlang untuk menundukkan Brunei 19-9 ketika saingan berbaki satu end.

Sememangnya, emas yang dimenangi itu memberi makna tersendiri buat atlet negara dan bagi Syamil, kejayaan tidak hadir tanpa dorongan arwah ibunya, Fauziah Rahim.

"Ibu saya banyak memberikan sokongan kepada saya dengan pengorbanannya sejak 2007.

"Jika tidak, saya sudah meninggalkan sukan ini," katanya.

Selain itu, kejayaan yang dirakam di Pusat Boling Padang Kebangsaan, Bukit Kiara itu menyaksikan Amir Yusoff mengulangi pencapaian peribadi dalam edisi 2007.

"Ini merupakan kejayaan kedua saya dalam Sukan SEA sejak 2007.

"Emas yang diraih ini saya tujukan kepada keluarga serta seluruh rakyat Malaysia," kata Amir.

Kredit imej: MASOC Media

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.