Skuad bola sepak cerebral palsy (CP) negara meraih pingat gangsa selepas menewaskan Singapura 4-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga Sukan Para ASEAN 2017 di Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.

Kemenangan itu menjadi penebus kekecewaan Malaysia yang gagal ke final apabila tewas kepada Thailand 3-2, semalam.

Malaysia membuka jaringan menerusi Mohamad Sobri Ghazali pada minit ke-12 sebelum kapten pasukan itu melakukannya sekali lagi pada minit ke-34.

Dua lagi gol skuad negara dihasilkan Muhammad Khairi Ismail (m-10) dan Mohd Farissan Jasnal (M-15).

"Kami menebus kembali kekecewaan selepas tewas kepada Thailand. Saya mahu menghadiahkan pingat gangsa ini kepada arwah ibu saya yang meninggal pada Januari lalu.

"Walaupun saya adalah orang kelainan upaya (OKU), saya mampu melakukannya," kata Sobri..

Pingat emas bagi acara itu dimenangi oleh Indonesia selepas menewaskan Thailand 3-0 dalam final.