Malaysia mungkin terlepas emas hatrik temasya dwitahunan Sukan SEA 2021, daripada pasukan bola jaring negara selepas sukan itu berkemungkinan digugurkan.

Bagi penolong ketua jurulatih negara, Aminah Ssaari, tidah mahu putus harapan mengenai penganjuran sukan itu di Hanoi, Vietnam nanti.

Untuk rekod, Malaysia meraih kejuaraan berganda di laman sendiri pada 2017 dan 2019 di Filipina selain menjadi antara dua pasukan digeruni di Asia Tenggara, bersama dengan Singapura.



"Dengan kehadiran pemain yang sedia ada dan ditambah dengan pemain remaja, peluang untuk meraih emas hatrik masih ada, ini kerana pencabar utama Malaysia pada Singapore. Tetapi kita tidak boleh membuat apa-apa sekiranya acara ini tidak dianjurkan di Sukan SEA kelak," kata Aminah kepada Nadi Arena.