Big E pertahan Kejuaraan WWE

Hafiz Azwany Taher
September 29, 2021 02:26 MYT
Susulan provokasi daripada Bobby Lashley terhadap Big E di acara WWE Extreme Rules pada Isnin lalu, Big E dengan senang hati menyahut cabaran tersebut di mana kedua mereka memulakan tirai acara Raw semalam dengan Kejuaraan WWE menjadi taruhan.
Sebagai dua bintang powerhouse, kedua mereka saling berbalas serangan menjadikan perlawanan berlangsung dengan amat sengit. Malah beberapa gerakan penyudah turut dilaksanakan namun belum cukup ampuh untuk menundukkan mana-mana pihak.
Kemunculan bekas rakan sekutu Lashley iaitu Cedric Alexander dan Shelton Benjamin secara tiba-tiba di tepi gelanggang sedikit sebanyak menganggu fokus Big E. Ia kemudian menatijahkan satu rempuhan bahu oleh Lashley dan pengadil nyaris-nyaris menyelesaikan tiga kiraan pin untuk menobatkan Lashley sebagai juara baharu.
Mujur Kofi Kingston dan Xavier Woods muncul lalu membelasah kedua bekas anggota Hurt Business itu dan perlawanan terpaksa dihentikan akibat kekecohan yang timbul melibatkan keenam-enam bintang WWE itu. Adam Pearce selaku pegawai pengelola keluar bagi mententeramkan keadaan dan mengumumkan bahawa perlawanan di antara Lashley dan Big E akan disambung semula di acara kemuncak dan segala kebuntuan akan diselesaikan di dalam sangkar besi.
Biarpun perlawanan berlangsung dalam sangkar besi, namun ia tetap tidak menghalang Shelton dan Cedric daripada masuk campur tangan dengan menghalang percubaan Big E yang sedang berusaha memanjat keluar. Namun Xavier Woods memberikan karma kepada Lashley apabila menghempas pintu sangkar ke atas kepala licin Lashley selajur merencatkan perancangan bekas Juara Beregu Raw itu untuk mengganggu perlawanan.

It is absolute MAYHEM as @TrueKofi & @AustinCreedWins even the odds for @WWEBigE against @fightbobby's former ???????? partners @Sheltyb803 & @CedricAlexander! #WWERaw #SteelCageMatch pic.twitter.com/PWIru9ebXb

— WWE (@WWE) September 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gerakan penyudah Big Ending dilancarkan dari tali kedua gelanggang menyebabkan Lashley tidak lagi berdaya, membuatkan pengadil meneruskan kiraan dan mengisytiharkan Big E kekal sebagai Juara WWE.

BIG ENDING FROM THE SECOND ROPE! ...and with that powerful move, @WWEBigE retains the #WWEChampionship! #SteelCageMatch #ThatWasAwesome #WWERaw @fightbobby pic.twitter.com/c2bEzXF6CS

— WWE (@WWE) September 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kemenangan yang ingin diraikan terhenti seketika apabila Drew McIntyre muncul seterusnya memberi isyarat yang cabaran seterusnya bakal hadir daripada dirinya yang juga sekian lama telah mengidamkan untuk kembali bergelar Juara WWE.
Dalam perkembangan lain, bintang legenda Bill Goldberg turut muncul melalui sidang video semalam dengan memberikan amaran kepada Bobby Lashley. Dendam Goldberg terhadap Lashley yang tergamak menyerang anaknya di acara Summerslam Ogos lalu masih berbekas di hati dan Lashley perlu membayar harganya. Ia sekaligus memberikan bayangan yang Goldberg dan Lashley bakal berentap sekali lagi dan berkemungkinan ia akan berlaku di acara WWE Crown Jewel yang bakal berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada 22 Oktober depan.

"Gage Goldberg is my son, and you, @fightbobby, are about to be my victim." - @Goldberg #WWERaw pic.twitter.com/m4ZoFj1gDM

— WWE (@WWE) September 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keputusan perlawanan lain di acara WWE Raw:
1. Angel Garza tewaskan Erik dari pasukan Viking Raiders
2. Keith “Bearcat” Lee membenam mudah Akira Tozawa
3. Damian Priest pertahankan Kejuaraan Amerika Syarikat dengan menewaskan Sheamus dalam perlawanan tiada pembatalan dan kiraan keluar
4. Jinder Mahal, Veer & Shanky tumpaskan gandingan Jeff Hardy, Mansoor & Mustafa Ali
5. Karrion Kross tumbangkan Jaxson Ryker
6. AJ Styles tewaskan Juara Beregu Raw Riddle
7. Charlotte Flair ketepikan cabaran terbuka daripada Doudrop seterusnya mengekalkan Kejuaraan Wanita Raw
(Foto: WWE.com)
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan acara WWE Crown Jewel pada 22 Oktober depan dan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.
#WWE