Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, mengekalkan rentak podium dalam kejohanan kedua disertainya tahun ini.

'The Pocket Rocketman' meraih pingat perak dalam acara pecut individu Kejohanan Kebangsaan Australia di Velodrom Anna Mearesm, Brisbane, apabila tewas kepada Matthew Richardson dalam final.

Richardson selaku pemenang gangsa pecut berpasukan Kejohanan Dunia 2020 bijak melakukan henjutan di 100 meter terakhir perlumbaan kedua untuk mengesahkan kejuaraannya.





Seorang lagi wakil negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, pula melengkapkan posisi podium.

Dia yang bakal mengiringi Azizul ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan, berjaya menewaskan Tom Cornish dalam kedua-dua perlumbaan penentuan gangsa.


・・・ I gave my very best in the final for Gold however Richardson was the better rider tonight. It was a good hit out as...

Posted by Azizulhasni Awang on Saturday, March 27, 2021