Berbasikal: Eiman Firdaus butirkan emas

Penulis Jemputan
Ogos 28, 2017 14:20 MYT
Atlet berbasikal negara, Eiman Firdaus Zamri, berjaya meraih emas buat negara selepas menewaskan rakan senegara, Nur Aiman Zariff, bagi acara kejar-mengejar individu lelaki dalam aksi di Velodrome Nasional, hari ini.
Firdaus merakamkan catatan masa 4 minit 33.863 saat untuk mengesahkan tempat pertama menjadi miliknya sementara Aiman melakukan catatan masa 4:41.222s manakala pingat gangsa menjadi milik wakil dari Thailand, Sarawut Sirironnachai.
Sementara itu, bagi acara omnium lelaki, Sofian Nabil Omar Mohd Bakri terlepas peluang untuk meraih emas selepas gagal mengatasi saingan wakil Singapura, Calvin Sim.
Sofian mengutip 136 mata, empat mata ketinggalan berbanding Calvin sementara pingat gangsa menjadi milik Nandra Eko Wahyudi dari Indonesia yang mencatat 135 mata keseluruhan.
Gambar kredit: MASOC
#Berbasikal #Sukan SEA 2017 #Eiman Firdaus Zamri #Nur Aiman Zariff #Sofian Nabil Omar Mohd Bakri