Roberto Bautista Agut merangkul kejuaraan Jelajah ATP keenam dalam kariernya dengan kemenangan straight set ke atas Damir Dzumhur dalam Final Terbuka Winston-Salem.

Bautista Agut, pilihan utama kejohanan ATP 250 itu, ternyata terlalu ampuh buat Dzumhur dengan meraih kemenangan 6-4, 6-4 dalam aksi penentu, semalam.

Kejayaan itu menandakan kejuaraan kedua pemain Sepanyol itu tahun ini.

Bagi Dzumhur, ini adalah kali pertama dia berjaya melayakkan diri ke final kejohanan Jelajah Dunia ATP.

Bautista Agut mempamerkan dominasi dalam set pembukaan sebelum mengesahkan kemenangan dalam perlawanan ke-10 set kedua.