Harry Maguire memberitahu bapanya mengalami kecederaan patah tulang rusuk selepas penyokong tanpa tiket merempuh masuk Stadium Wembley ketika final Euro 2020.

Bapa pertahanan England terperangkap dalam suasana huru-hara di stadium menjelang perlawanan final Euro 2020 antara England dan Itali memaksa dirinya bergelut untuk bernafas.

Maguire menyifatkan insiden tersebut 'menakutkan' dan berkata keluarganya akan lebih 'berhati-hati' apabila menghadiri perlawanan pada masa akan datang.

Pemain berusia 28 tahun itu memberitahu kepada The Sun, "Bapa saya berada dalam suasana rusuhan itu. Saya tidak bercakap begitu banyak dengannya tetapi saya lega apabila anak-anak tidak menghadiri perlawanan itu.

"Ia amat menakutkan -- dia berkata sangat takut dengan situasi itu dan tidak mahu orang lain mengalami perkara itu dalam perlawanan bola sepak.

"Saya telah menyaksikan banyak video dan bercakap dengan bapa dan keluarga saya. Bapa dan ejen saya antara orang yang terkesan dengan situasi tersebut. Dia bergelut untuk bernafas kerana tulang rusuknya yang mengalami kecederaan.

"Saya harap kita dapat belajar daripada perkara ini dan memastikan ia tidak berulang. Bapa saya akan sentiasa menyokong saya dan pergi ke peralwanan tetapi dia akan sedikit lebih peka terhadap semua yang berlaku. Kita semua harus lebih peka dan belajar daripadanya.

"Segala-galanya mungkin jauh boleh menjadi lebih buruk tetapi kita harus memastikan perkara itu tidak berulang."

Semalam UEFA membuka siasatan tatatertib mengenai insiden di final Euro 2020 di Wembley.