Pemain beregu campuran negara, Lai Pei Jing, menyambut cabaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memburu emas Sukan SEA Filipina 2019.

Antara inisiatif diambil Pei Jing serta seorang lagi rakan dalam skuad negara, Shevon Lai Jemie, adalah dengan meningkatkan intensiti latihan fizikal.

Perubahan corak permainan dalam saingan beregu campuran menyaksikan pemain wanita juga perlu bertindak memainkan peranan lebih agresif.

Pei Jing dan gandingannya, Tan Kian Meng, tersingkir dalam pusingan ketiga Kejohanan Dunia kepada juara bertahan Sukan SEA dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Taerattanachai Sapsiree.

"Sekarang pemain wanita dalam saingan beregu campuran memerlukan permainan yang lebih agresif. Jadi, kami perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan lagi kemampuan kami," kata Pei Jing.

Realiti cabaran sukar diakui Pei Jing, apabila wakil beregu campuran negara, termasuk satu lagi gandingan, Goh Soon Huat-Shevon Lai, di Filipina nanti.

"Sasaran ini adalah pemain harus capai dan berharap meraih pingat emas di Manila nanti. Sesiapa yang bakal beraksi dalam Sukan SEA nanti, kami akan cuba yang terbaik."