Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom, akan bergandingan dengan bekas juara dunia, Shane Perkins, buat kali pertama dalam sejarah Kejohanan Kebangsaan Australia, esok.

Trio itu akan mencabar acara pecut berpasukan sebagai pemanas badan menjelang misi utama, keirin dan pecut individu.

"Sebenarnya kami ada pilihan untuk mengikuti perlumbaan atau tidak, ia tidak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Tokyo.

"Lagipun sudah lebih dua tahun saya dan Azizul tidak berlumba dalam acara ini.

"Perkins yang minta bantuan kami, mereka sedang buat pemilihan untuk acara ini dan dalam usahanya merebut takhta itu.

"Sebagai dia pelumba utama dia mahu uji catatan terbaiknya.

"Ini sebenarnya situasi menang-menang di antara kami," kata Shah Firdaus.