Azizulhasni bukti keunggulan di Victoria

Muzaffar Musa
Februari 21, 2021 14:14 MYT
Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, meneruskan rentak cemerlangnya menjelang Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan apabila menjuarai acara pecut dalam Kejohanan Trek Elit Victoria di Australia semalam
Pelumba pecut nombor satu dunia itu meraih penamat 1-2 dengan rakan senegaranya, Shah Firdaus Sahrom.
Azizulhasni menamatkan perlumbaan itu dengan catatan masa 10.126 saat untuk mengungguli saingan di Melbourne itu.
#Azizulhasni Awang #Shah Firdaus Sahrom #Berbasikal trek