Jannik Sinner memanfaatkan peluang ATP Akhir yang tidak dijangka dengan menewaskan Hubert Hurkacz dalam straight set pada penampilan sulungnya.

Penarikan diri Matteo Berrettini bermakna Sinner hadir sebagai pengganti kepada rakan negarannya itu, dan pemain berusia 20 tahun itu menggunakan peluang sebaik mungkin dengan kemenangna 6-2, 6-2 di Turin.

Daniil Medvedev sudah melangkah ke separuh akhir, dan Sinner mungkin dalam mengikuti jejak langkah juara bertahan itu dari Kumpulan Merah berikutan aksi cemerlang ditampilkan di Pala Alpitour.

Sinner, pemenang empat kejuaraan dalam musim yang cemerlang, terus membuktikan kemampuannya dalam pertembungan kali ini.

Pemain ke-11 dunia itu berkata, "Saya mengetahui kemampuan diri dan sudah bersedia untuk beraksi. Ia merupakan sesuatu yang menakjubkan beraksi di Itali dengan ramai penonton yang memberikan sokongan kepada anda, saya cuba melakukan yang terbaik, menikmati saat ini. Saya bermain dengan baik dan berasa sangat baik ketika memanaskan badan."

Sinner mungkin ke pusingan separuh akhir jika mengatasi Medvedev atau jika Alexander Zverev diatasi Hurkacz esok.