Tonggak ping pong negara, Ashraf Haiqal Rizal, lega selamat pulang ke tanah air sebelum wabak Covid-19 memberi impak serius dalam Eropah.

Ashraf baru sahaja pulang dari Amsterdam, 9 Mac lalu setelah meneruskan khidmat untuk kelab TTV Hilversum bagi saingan Liga Belanda.

Kini, dia sudah pun menerima notis daripada badan induk negara terhadap penundaan beberapa kejohanan penting antaranya saingan kelayakan ke Olimpik Tokyo 2020 di Bangkok, Thailand yang sepatutnya berlangsung pada 6 sehingga 12 April depan.

"Saya baru balik dari Eropah, memang sedikit risau dengan keadaan sekarang. Namun, saya tetap percaya bahawa saya ke sana untuk tingkatkan permainan, jadi harap dijauhkan daripada wabak ini," katanya.

"Yang paling dekat untuk saya sertai dalam bulan ini adalah Kejohanan Dunia serta kelayakan Olimpik untuk Asia. Sekarang semua ditangguhkan tetapi saya tetap berlatih."