Walaupun menamatkan saingan di tempat kedua dalam Perlumbaan 2, ia tetap memberi kelebihan buat pelumba negara, Zaqhwan Zaidi, secara keseluruhan dalam Kejohanan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Madras, India, hari ini.

SuperSports 600cc paling menjadi tumpuan dalam kejohanan itu apabila ketiga-tiga pelumba masih mempunyai peluang untuk menduduki tangga tertas senarai pelumba.

Segala-galanya bermula dengan baik buat Zaqwan apabila memulakan perlumbaan selaku pendahulu, meninggalkan dua seteru utama dari Jepun, iaitu Yuki Ito dan Taiga Hada.

Namun, memasuki tiga pusingan terakhir, tunggangan konsisten Zaqwan gagal dikekalkan apabila Yuki daripada pasukan Yamaha Racing berjaya memintas walaupun ada saingan yang cuba diberikan pelumba negara itu.

Perlumbaan itu akhirnya dinoktahkan dengan juara milik Yuki dengan catatan 23 minit 55.967 saat, meninggalkan Zaqwan di kedudukan kedua yang ketinggalan 0.0868s sementara pelumba Honda, Taiga, di tempat ketiga dengan ketinggalan 8.405s.

Dalam Perlumbaan 1 semalam, Zaqhwan muncul juara selepas meninggalkan Taiga (kedua) dan Yuki (ketiga).

Keputusan hari ini:

1. Yuki Ito 23m 55.967s
2. Zaqhwan Zaidi +0.865s
3. Taiga Hada +8.405s
4. Decha Kraisart +20.223s
5. Chalermpol Polaimai +22.640s
6. Sittisak Onchawiang +22.647s
7. Sena Yamada +25.977s