Danial Syahmi Ahmad Syahril tetap cekal untuk meneruskan kariernya dalam sukan permotoran biarpun pada satu ketika terbabit dalam kemalangan ngeri yang hampir membuatkan kakinya dipotong.

Begitupun, selepas dua tahun menerima rawatan, dia kini berlumba untuk SIC Junior ZK Racing Team yang menyaksikannya meraih tangga ke-10 dan kesembilan dalam perlumbaan sulung Kejohanan Motosikal Asia (ARRC) 2020 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Mac lalu.

"Dalam perlumbaan terakhir dalam Kejohanan Asia Talent Cup 2018, saya agak kecewa disebabkan terjatuh menuju garisan penamat.

Posted by Malaysian Cub Prix on Thursday, June 25, 2020


"Saya ingin nyanyian lagu Negaraku berkumandang di tempat sendiri sebagai hadiah hari lahir buat ayah saya," katanya dalam temu bual eksklusif bersama wakil Nadi Arena, Muiz Aziz.

Biarpun berdepan ranjau pada usia muda, tekad itu cukup melegakan ibu bapanya yang terus memberi dorongan untuk menyalakan impiannya.

"Saya berasa sedih apabila doktor mengatakan bahawa kaki Danial berkemungkinan akan dipotong.

"Saya terima atas apa yang terjadi, saya reda," kata ayahnya.

Menurut ibunya pula, "Saya memikirkan bagaimana karier Danial pada masa akan datang sekiranya kakinya dipotong."

Atas potensi yang dimiliki Danial Syahmi, pengurus pasukan SIC Junior, Zulfahmi Khairuddin, lantas memberikan peluang buat pelumba itu untuk bangkit.

"Saya nampak Danial seorang yang bersemangat dan merupakan pejuang di atas litar.

"Inilah penunggang yang saya cari-cari selama ini, dia ingin berjuang untuk kariernya. dia sanggup buat apa sahaja demi kariernya," kata Zulfahmi.