HONG KONG 64 KOREA SELATAN 3

Hong Kong mempertahankan kejuaraan Kejohanan Ragbi Asia (ARC) dengan rekod tanpa kalah apabila membenam Korea Selatan 64-3 di Stadium Bolasepak Hong Kong, hari ini.


Tuan rumah hanya memerlukan 10 minit untuk menceriakan penyokong apabila Matt Roslee meraih lima mata pertama.

Skuad kendalian Andrew Hall itu memulakan pesta try menerusi Jack Neville, Sebastian Brien dan Ben Axten-Burrett, masing-masing pada minit ke-10, 12 dan 15.

Neville kemudian menyudahkan try kedua peribadi sebelum Roslee menjadikan kedudukan 26-0 menerusi conversionnya.

Korea Selatan mengutip tiga mata menerusi sepakan penalti yang disudahkan Han Gu-min, namun ia merupakan satu-satunya peluang yang disempurnakan mereka.

Tyler Spitz kemudian turut menghasilkan try untuk menamatkan separuh masa pertama dengan pendahuluan 31-3.

Dalam separuh masa kedua, Roslee, Callum McCullough, Faizal Solomona Penesa, Axten-Burette dan Neville terus menjarakkan kedudukan untuk Hong Kong mendahului 57-3.

Gerakan solo gemilang McCullough disudahi dengan try terakhir Hong Kong untuk mengesahkan kejuaraan menerusi kemenangan 64-3.