Francesco Molinari mempamerkan kehebatan di Le Golf National tatkala pasukan Eropah meneruskan persembahan cemerlang di laman sendiri untuk menjulang Piala Ryder selepas menundukkan Amerika Syarikat 17.5-10.5.

Mendahului 10-6 sebelum bermula saingan hari terakhir di utara Perancis, Eropah yang diketuai oleh Thomas Bjorn terpaksa mengekang cabaran lawan yang mencipta tiga kemenangan dalam empat perlawanan sebelum itu.

Bagaimanapun, sejak Jon Rahm menewaskan Tiger Woods 2 dan 1 -- meninggalkan pemenang 14 kejuaraan utama itu dengan rekod 0-4 pada minggu ini -- kemenangan di laman sendiri tampak cerah tatkala semua wakil Eropah meletakkan diri di depan dan Thorbjorn Olesen merakamkan kejutan 5 dan 4 ke atas Jordan Spieth.

Molinari, yang muncul pemain Eropah pertama mencipta lima kemenangan dalam lima perlawanan di pentas Piala Ryder, menerima penghargaan untuk mengesahkan mata penamat apabila lawaannya, Phil Mickelson, menyaksikan pukulan teenya di lubang 16 masuk ke dalam kolam dan menyerah kalah.

Dia, yang juga merupakan juara Kejohanan Terbuka British pada Julai lalu, mencipta gandingan mantap bersama Tommy Fleetwood minggu ini tatkala kedua-duanya mencatatkan rekod sempurna dalam aksi 'fourball' dan foursome' sehingga menjadi faktor utama buat Amerika Syarikat gagal meraih kejuaraan di Eropah sejak 1993.

Henrik Stenson, Ian Poulter dan Sergio Garcia yang hadir menerusi tiket wildcard turut memainkan peranan utama buat Eropah. Ketiga-tiga mereka memenangi aksi masing-masing semalam dan Garcia -- yang sebelum ini dipertikaikan kerana pemilihannya susulan aksi longlai pada 2018 -- kini memegang rekod catatan mata tertinggi dalam sejarah Piala Ryder, apabila kutipan 25.5 mata membolehkannya mengatasi Nick Faldo (25).

Amerika Syarikat yang dibarisi pemain-pemain bintang memulakan saingan kali ini selaku pilihan dan mengutip tiga mata pertama pada Jumaat lalu.

Namun, aksi hebat mencatat lapan kemenangan berturut-turut oleh skuad Eropah -- termasuk kemenangan bersih ketika aksi 'foursome' -- menyebabkan Jim Furyk dan rakan sepasukannya berdepan tugas getir.

Justin Thomas, Webb Simpson and Tony Finau merakamkan kemenangan berharga ketika dalam aksi perseorangan sambil Brooks Koepka menyamai tahap permainan yang ditampilkan Paul Casey.

Kemenangan Thomas ke atas Rory McIlroy menjadi titik penentu buat wakil Ireland Utara itu pada lubang ke-18, sambil Simpson mengatasi juara Piala FedEx, Justin Rose, dan Finau mengatasi seorang lagi muka baru, Fleetwood, 6 dan 4.

Patrick Reed merupakan seorang lagi pemenang Amerika Syarikat tatkala Rahm menggunakan kesempatan hasil persembahan longlai daripada Woods untuk menjarakkan kedudukan mata, menyaksikan Eropah memenangi enam daripada tujuh kejohanan terakhir, sambil Olesen mempamerkan persembahan memukau dalam penampilan pertama sejak aksi pada Jumaat lalu, di mana dia melepasi cabaran Spieth.

Rekod Woods dalam aksi Piala Ryder kini 13-21-3, sekali gus muncul rekod paling teruk buat pemain yang pernah meraih banyak kejuaraan individu. Dia dan Mickelson gagal memberikan sumbangan besar kepada pasukan dalam aksi di Le Golf National.

Lebih ketara, aksi Poulter (14-6-2) dan Garcia (22-12-7) memperlihatkan aksi terbaik dalam saingan kali ini sambil kemenangan 4 dan 2 Molinari ke atas Mickelson melengkapkan persembahan hebat individu dalam sejarah.

Pasukan Amerika Syarikat kali ini dilihat paling kuat dalam sejarah, namun akhirnya tetap ditundukkan dan Alex Noren menyudahkan penamat sempurna buat Eropah -- walaupun selepas mengesahkan kemenangan -- menerusi putt jauh untuk mengatasi Bryson DeChambeau di green lubang ke-18.