Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, menegaskan penganjuran Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) melewati jaminan penyertaan yang memberangsangkan bagi musim ini.

"Kami menerima penyertaan yang bagus -- 18 pasukan lelaki sementara 10 wanita.

"Penyertaan masih belum ditutup sepenuhnya.

"Kami masih ada dua pasukan yang dalam saringan terakhir untuk dibawa masuk dalam liga 2021," katanya di Wisma FAM, Petaling Jaya. hari ini.


Selangor TOT United pasukan baru dalam MPFL? Kalau tengok list pemain mereka ini boleh mendatangkan masalah kepada...

Posted by Arena Futsal Malaysia on Tuesday, March 23, 2021


MPFL akan dilangsungkan dengan menggunakan format karnival dengan pengundiannya dijangka pada hujung bulan ini.

Proses pembidaan itu akan melibatkan mana-mana pasukan yang berhajat untuk muncul selaku penganjur bagi musim 2021.

"Selepas undian hujung bulan ini, kami akan buka bidaan kepada pasukan atau negeri yang berminat menjadi tuan rumah."