Prospek Elias di WWE dilihat semakin cerah apabila dirinya memenangi perlawanan tiga penjuru di perlawanan kemuncak Raw dengan menewaskan John Cena dan Braun Strowman semalam.

Perlawanan yang berlangsung tersebut adalah bagi menentukan siapa bakal menjadi individu terakhir keluar dari kamar kaca dalam perlawanan Elimination Chamber pada 26 Februari depan.

Walaupun dilihat sebagai bintang paling junior dan boleh dikatakan sebagai underdog, Elias bijak mencuri peluang dalam perlawanan ini.

Bagi memudahkan kerja, Cena dan Elias berganding bahu dengan menyingkirkan Strowman keluar dari gelanggang.

Memanfaatkan sepenuhnya perlawanan tiga penjuru yang tidak mempunyai sebarang sekatan peraturan, Elias menggunakan gitar yang dibawanya dan memukul belakang Strowman sehingga perkakasan muzik itu pecah berkecai.

Cena pula melanjutkan lagi penderitaan buat Strowman apabila dengan gagahnya mengangkat bintang raksasa dengan berat hampir 175 kilogram itu dan memberikan gerakan penyudah Attitude Adjustment di atas tangga besi.

Perlawanan kemudian bersambung di dalam gelanggang dengan pergelutan antara Cena dan Elias semakin memuncak sehingga Strowman tiba-tiba melakukan satu bantingan padu Powerslam pada Cena.

Peluang keemasan ini direbut segera oleh Elias dengan bijak membuang Strowman keluar dari gelanggang dan melakukan tindanan pin ke atas Cena untuk dinobatkan sebagai pemenang.

Dengan kemenangan ini, Elias akan menjadi bintang keenam dan terakhir di acara Elimination Chamber tahun ini.

Roman Reigns dan Juara Antara Benua WWE, The Miz turut mengesahkan kedudukan sebagai peserta Elimination Chamber.

Seperti dijangka, Roman berjaya menewaskan pemenang tahun lalu, Bray Wyatt di perlawanan pembukaan Raw, manakala The Miz menundukkan Apollo Crews di pertengahan acara.

Keputusan lain acara Raw 7 February 2018:
1. Finn Balor & Karl Anderson tewaskan The Revival
2. Cedric Alexander & Mustafa Ali kalahkan Drew Gulak & Tony Neese dalam aksi Cruiserweight
3. Asuka tumpaskan Bayley
4. Juara Regu Raw (Sheamus & Cesaro) tewaskan Seth Rollins & Roman Reigns (menggantikan Jason Jordan yang cedera) melalui pembatalan DQ
5. Nia Jax kalahkan Vannesa Floyd
6. Mickie James benam Sonya Deville

(Foto: WWE.com)

Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,WWENetwork. Saksikan acaraWWEElimination Chamber dan kesemua acaraWWEPay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusifWWENetwork, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.

Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.